Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan penggunaan Microsoft Powerpoint melalui peperiksaan (test). Mereka turut dididik dengan advokasi.

Dalam kelas ini, peserta menjalani peperiksaan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penggunaan Microsoft Powerpoint sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran penggunaan Microsoft Powerpoint.

Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah didedahkan dengan panggilan palsu iaitu cara untuk mengenalpasti panggilan palsu dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa panggilan palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali